Shutter Asia Forum  

Home Forum Shoutbox Mark Forums Read
Go Back   Shutter Asia Forum > Photography > General & Mobile Phone Photography
Register Facebook Flickr Rules

Reply
 
Thread Tools Display Modes
  #1  
Old 09-20-2008, 09:36 AM
zuhrie zuhrie is offline
Shutter Fan
 
Join Date: May 2007
Location: sunway
Posts: 177
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Country:
baru-baru ini aku menemani seorang sahabat yang mengadakan program kebajikan di rumah nur salam di jalan chow kit. oleh kerana rumah ini berdekatan aje dengan ofis, aku pun pergi lah.

ketika menziarahi, hati aku cukup tersentuh kerana tujuan penubuhan rumah ini cukup murni. kita semua sedia maklum bahawa kawasan chow kit adalah antara kawasan hitam di ibu kota dgn kes2 jenayah, pelacuran, dadah dan macam-macam lagi. pernahkah kita terfikir kanak2 yang membesar di kawasan ini? mereka adalah anak2 kepada penagih dadah, pekerja seks, pengutip sampah dll. ketika ibu bapa mereka "bekerja", anak2 ini sering diabaikan begitu sahaja. tanpa pengawasan, anak-anak ini berkeliaran di kawasan chow kit dan terdedah dgn pelbagai unsur negatif dan jika dibiarkan, mereka juga akan terjebak dan menjadi kesinambungan kerjaya ibu bapa mereka.

maka rumah ini adalah pusat jagaan, perlindungan yang memberi mereka makanan, bimbingan dan keyakinan bahawa mereka boleh mengubah nasib mereka. maklumat lanjut boleh didapati di http://chowkids.org.


rumah nur salam ini terletak di tingkat atas pejabat mayfirst di chow kit. ia mengisi ruang tiga tingkat rumah kedai dan mempunyai asrama lelaki dan wanita.


mural ini dikatakan dihasilkan oleh kanak-kanak dan sukarelawan-sukeralawan di rumah ini.


dialog ini adalah kenyataan kanak-kanak di situ.


menurut pengarahnya, raja azizan, ada kira-kira 300 kanak-kanak yang mendaftar dengan rumah itu tapi ia hanya boleh menampung kira-kira 50 kanak-kanak pada satu-satu masa. aku hanya boleh tertanya2 apakah nasib 250 kanak2 yang lain.


::nama adik apa?
::nama tipu manja, nama betul hidayah


mereka bukan terperangkap oleh jeriji besi ini, tapi dilindungi. di luar sana bahaya bagi anak2 ini.


::pakcik, ambil gambar saya tau


rumah nur salam ini di bawah jagaan yayasan salam dan diuruskan oleh sukarelawan-sukarelawan. menurut raja azizan, jika dulu sukarelawan adalah warga2 emas, kini lebih ramai anak2 muda yang menjadi sukarelawan dan sanggup meluangkan masa terutamanya di hujung minggu untuk mengadakan pelbagai aktiviti bagi kanak-kanak ini.


ketika saya di sana, dua sukarelawan sherry dan amirul mengadakan aktiviti bercerita dgn kanak-kanak ini. memang cekap mereka berdua ini menarik perhatian kanak-kanak itu. cukup bersahaja dan lekas mesra.





memang terpaku mereka mendengar celoteh sherry dan amirul


setiap aktiviti yang dilakukan memang menceriakan tapi sarat dengan pembelajaran. aku memang kagum dgn diaorang berdua ni. pasti mereka membuat research dan homework ataupun melalui latihan tertentu untuk memiliki kemahiran sebegitu.


aktiviti "musang dan ayam" ni memang meriah. kanak2 ni siap minta buat dua tiga round lagi.


selesai aktiviti berkumpulan besar, kanak-kanak ini dipecah2kan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan ketika inilah sukarelawan2 mendengar kisah2 mereka dan memberi kaunseling.


mereka dilayan seperti ahli keluarga sendiri. pada mereka, ini adalah keluarga mereka.


::abang, ambil la gambar kitaorang. peace bang....peace

walaupun berat hati kerana tidak puas menghabiskan masa bersama2 mereka, aku tak dapat lama di sana kerana mempunyai tugasan lain. insyallah akan ke sana lagi.
__________________
my fp :: my flickr

Last edited by Ah Vier; 09-22-2008 at 01:21 PM.. Reason: multiple posts
Reply With Quote
  #2  
Old 09-22-2008, 12:27 AM
iwhizz's Avatar
iwhizz iwhizz is offline
Shuttertastic
 
Join Date: Jul 2008
Location: negeri cik siti wan kembang
Posts: 695
Thanks: 0
Thanked 1 Time in 1 Post
Country:
good post bro.. moga kita di berikan hati yang sentiasa ingin membantu insan yang kurang bernasib baik..insyaallah
Reply With Quote
  #3  
Old 09-22-2008, 10:46 AM
mankamen mankamen is offline
New Shutter User
 
Join Date: Jan 2008
Posts: 24
Thanks: 0
Thanked 0 Times in 0 Posts
Country:
Nice write up Zuhrie..
Kudos to those people who are willing to help with those kids..
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Masjid As-Salam Puchong Joe_Cool Landscape, Cityscape and Panorama 13 10-14-2008 10:06 AM
Rumah Kasih zique Portraits, People & Studio 2 08-18-2008 11:58 AM
SA 1st Anniversary - Jalan-jalan in Ipoh Town kimberlycun Street Photography, Urban & Candid 45 04-22-2008 11:47 PM
Matahari Terbit di Belakang RUmah Saya guillotine_man Landscape, Cityscape and Panorama 9 03-26-2008 07:34 PM
Jalan Jalan During A Lazy Afternoon lanatir Street Photography, Urban & Candid 14 03-30-2007 09:50 PM


All times are GMT +8. The time now is 02:13 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.5
Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Site Content and Design Copyright 2007-2013 Shutter Asia - All Rights Reserved
Inactive Reminders By Icora Web Design